Saturday, November 14, 2009

Done with 2012!

Semalam tak jadi tengok 2012 sebab hujan. Aku ngan Ady postpone ke hari ni.
Kali ni baru jadi. eheks!

Tapi 2012 tak seperti yang aku harapkan. Jauh panggang dari microwave kalau nak dibandingkan dengan kehebatan Armageddon (1998).
Selain special effects yang gempak, takde yang aku kagum pasal filem ni.
Story-line sucks! takde emosi. Takde ayat2 power.
Terlalu banyak aksi bumi mengamuk berbanding drama yang boleh tinggalkan kesan kat kita yang tengok ni.
Bagi aku, special effects jugak tak cukup untuk menghasilkan sebuah movie yang baik. Kan lebih bagus kalau balancekan aksi dengan drama. Ini yang banyak cuma explosion, explosion and lots of explosion!
Bukannya nak demand babak sedih macam armageddon ke ape ke. At least bagi la penonton teruja sikit dengan dialog dan drama mantap (the day after tomorrow ok je). huh!
hmm... kesimpulan aku dapat 2012 ni tak ubah macam mixture nearly all disaster movies lah. All in 1. Nah ambik kau!

3 bintang untuk 2012!

Kunci motor hilang!

Nak dijadikan cerita, punya seronok tengok movie tu sampai dah nak balik baru aku gelabah beruk seluk poket sedar2 kunci motor takde!
aku ngan Ady puas cari merata. Dalam beg, kat mamak stall, sampai ke pawagam yang kami masuk. ternyata pencarian kami sia2.
Aku blur... dah takde perasaan apa2 dah bila cari kunci tak jumpa. Macam mana la aku nak balik rumah kalau kunci dah hilang.
Mujur Ady punya instinct betul. Dia pi check kat motor aku. Memang sah ada. Dalam helmet.
Teori aku... aku lupa cabut kunci dekat seat motor. Bila orang ternampak, dengan baik hatinya dia tolong cabut dan letakkan kunci tu dalam helmet aku. Terima kasih la banyak2 pada orang tu.
Hakikatnya... aku dah terlalu letih 2 malam tak tido tambah pulak rushing sebab sampai lambat. Sebab tu kot terlupa sampai tertinggal merata... nasib baik tak dicuri orang... hihi

JUS PAPADOM

Sekarang ni aku tengah melepak kat mamak dengan member2. Ada sorang member aku ni dapat idea daripada cite PAPADOM minggu lepas. Hampir setiap kali datang ke kedai mamak ni, kami order papadom. Bukan hanya papadom, malah JUS PAPADOM jugak. Tak percaya?
Ini buktinya...


Hehe ;)

2 comments: