Saturday, November 14, 2009

Done with 2012!

Semalam tak jadi tengok 2012 sebab hujan. Aku ngan Ady postpone ke hari ni.
Kali ni baru jadi. eheks!

Tapi 2012 tak seperti yang aku harapkan. Jauh panggang dari microwave kalau nak dibandingkan dengan kehebatan Armageddon (1998).
Selain special effects yang gempak, takde yang aku kagum pasal filem ni.
Story-line sucks! takde emosi. Takde ayat2 power.
Terlalu banyak aksi bumi mengamuk berbanding drama yang boleh tinggalkan kesan kat kita yang tengok ni.
Bagi aku, special effects jugak tak cukup untuk menghasilkan sebuah movie yang baik. Kan lebih bagus kalau balancekan aksi dengan drama. Ini yang banyak cuma explosion, explosion and lots of explosion!
Bukannya nak demand babak sedih macam armageddon ke ape ke. At least bagi la penonton teruja sikit dengan dialog dan drama mantap (the day after tomorrow ok je). huh!
hmm... kesimpulan aku dapat 2012 ni tak ubah macam mixture nearly all disaster movies lah. All in 1. Nah ambik kau!

3 bintang untuk 2012!

Kunci motor hilang!

Nak dijadikan cerita, punya seronok tengok movie tu sampai dah nak balik baru aku gelabah beruk seluk poket sedar2 kunci motor takde!
aku ngan Ady puas cari merata. Dalam beg, kat mamak stall, sampai ke pawagam yang kami masuk. ternyata pencarian kami sia2.
Aku blur... dah takde perasaan apa2 dah bila cari kunci tak jumpa. Macam mana la aku nak balik rumah kalau kunci dah hilang.
Mujur Ady punya instinct betul. Dia pi check kat motor aku. Memang sah ada. Dalam helmet.
Teori aku... aku lupa cabut kunci dekat seat motor. Bila orang ternampak, dengan baik hatinya dia tolong cabut dan letakkan kunci tu dalam helmet aku. Terima kasih la banyak2 pada orang tu.
Hakikatnya... aku dah terlalu letih 2 malam tak tido tambah pulak rushing sebab sampai lambat. Sebab tu kot terlupa sampai tertinggal merata... nasib baik tak dicuri orang... hihi

JUS PAPADOM

Sekarang ni aku tengah melepak kat mamak dengan member2. Ada sorang member aku ni dapat idea daripada cite PAPADOM minggu lepas. Hampir setiap kali datang ke kedai mamak ni, kami order papadom. Bukan hanya papadom, malah JUS PAPADOM jugak. Tak percaya?
Ini buktinya...


Hehe ;)

Thursday, November 12, 2009

2012: kiamat sudah dekat

Cuti segera hari ni.
URTI kata doktor.

Tapi aku cekal. Aku tabah. Sebab nak tengok 2012 malam ni! lol



Nah layan dulu trailer 2012...



Jom join aku ngan Ady tengok wayang malam ni!

Wednesday, November 11, 2009

Demam Papadom



Off work hari ni sebab demam (tu yang sempat update blog tu hehe).

Last sunday, Ady belanja tengok wayang cite PAPADOM kat MBO Galaxy.
Huehuehue!
satu benda dia tak tau sampai hari ni... aku peminat nombor satu Afdlin Shauki.
Filem Afdlin memang terbaik dari ladang! Bukan macam filem sorang prof tu... (jahat mulut aku ni... haha!)

Offer Ady umpama pucuk dicita ulam mendatang. Biarpun terlambat (pawagam utama dah main cite ni 8 oktober) aku tak kesah janji dapat tengok kat wayang. Lagipun, last time aku tengok wayang pun dah lama... cite Los dan Faun (Afdlin lagi eheks!).

MBO still screening!

Tak payah panjang cite, aku nak bagitau Papadom really really really a feel-good movie worth watching lah.
Lawak, sedih, touching, banyak pengajaran... memang kisah yang best untuk tatapan seluruh papa kat Malaysia ni.

p/s: Sori lah kalau ada yang tak puas hati statement aku ni but up to this point, Afdlin really on his class of his own lah. Pelakon terbaik Malaysia sejak zaman P Ramlee. Keterlaluan?? nayyyyyyy... deyyy!!

Later teman Ady karaoke-ing. Suara dia boleh tahan. Sampai stage 3 audition AF katanyer!

NASI LEMAK PALING MARVELOUS . Status: FOUND!

Oh guys! hari tu tanpa disangka2 aku terjumpa nasi lemak paling sedap pernah aku makan di KUALA LUMPUR.
Kat mana?
Ruang legar Galaxy. Memang sedap. Harga $1 sebungkus.
Walaupun tak tip-top macam nasi lemak kat kampung, still bleh tahan lah!

Kalau korang perasan, kedai nasi lemak ni kat sebelah kanan main entrance tu sekali kedai mamak Char Koey Tiow yang ada screen besar. (aku ada order char koey tiow gak, tapi tak sedap... huhu! mulotttt)


p/s: ady, DG kau tu... aku terselubung rasa ke'jeles'an sampai hari ni!!!

Monday, October 12, 2009

Making the impossible possible

Huehuehue!

Maaf!

Ini bukan lucu!

This is it. Pendekkan cerita, kalau tak paham gak, buat2 paham je apa ‘Fat Man in the Making’ tu.
Betul betul betul!
Ini perjalanan hidup seorang lelaki kurus yang nak gemuk!

Berapa nak?

100 kg.

Berapa lama?

3 bulan.

Kenapa? tak percaya?
Huhuh! Jom tengok macam mana aku mulakan hari2 bersejarah aku.

Mula2, beli sebiji camry.


Bukan toyota camry.


Tapi weightscale brand camry. Heheh!

Seterusnya, makan! makan! dan makan!
sampai gemuk.
Bukan sekarang.
Tapi esok.